Categories
SELANGOR

Azmin Saran Lebih Kelonggaran Kepada Pemilik Mampu Milik

SHAH ALAM 23 MAC : Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali hari ini mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula harga rumah mampu milik serta melonggarkan syarat pembinaan rumah tersebut bagiĀ  mengurangkan beban yang ditanggung pemaju Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Menurutnya, PKNS bertanggungjawab membangunkan rumah mampu milik bagi rakyat negeri ini yang berpendapatan tidak melebihi RM 5,000.

“PKNS mensasarkan 11,000 unit dibina bagi rumah mampu milik namun PKNS merasakan syarat yang dikenakan Kerajaan Negeri sangat ketat.

“Ini kerana Kerajaan Negeri mensyaratkan dua tempat letak kereta bagi setiap unit yang menjadikan kos pembinaan meningkat,” ujar Azmin dalam Sidang DUN petang ini.

Azmin berkata setiap unit tempat letak kereta menelan kos sebanyak RM 30,000, menjadikan kos pembinaan tempat letak kereta bagi setiap rumah sahaja bernilai RM60,000.

“Keseluruhan kos pembinaan seunit rumah menelan RM 180,000 dan rumah pula dijual pada harga sekitar RM 85,000.

“Ini bermakna PKNS perlu menanggung subsidi lebih kurang RM 100,000 bagi setiap unit rumah,” beritahu Azmin sambil menambah keseluruhan kos subsidi yang ditanggung PKNS bagi kesemua 11,000 unit rumah bakal mencecah RM 1.1 billion.

Sehubungan itu, Azmin memohon Kerajaan Negeri untuk mencari mekanisme berkesan menangani dilema PKNS selain turut menjalankan usahasama dengan pemaju lain bagi membangunkan lebih banyak rumah mampu milik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.