“Bandaraya Contoh” Yang Banyak Kemalangan.

PUTRAJAYA 03 MAC 2012 : Walaupun diwar-warkan sebagai ?bandaraya pintar? (intelligent city) dan ?ibukota contoh?, sistem aliran trafik di pusat pentadbiran negara ini masih mempunyai kekurangan sehingga menjadi punca kemalangan.

Ketua Cabang PKR Putrajaya, Onn Abu Bakar berkata jumlah kemalangan di sini meningkat dari tahun lalu, sementara angka kematian juga melonjak dari lima pada tahun 2010 ke 11, pada tahun lepas.

“Pihak berwajib seharusnya mengambil serius perkara ini, jangan hanya rakus membangunkan kawasan tetapi tidak meningkatkan sistem aliran trafik.?

Onn berkata punca utama kemalangan adalah sistem trafik dan lampu isyarat yang menggelirukan,” katanya apabila ditemui SelongorKini.

Onn berkata pihak berwajib dilihat tidak menitik beratkan soal dan menganggap orang ramai akan selamat kerana kawasan Putrajaya selesa dan mempunyai jalan raya yang luas.

“Mana perginya kempen yang dilakukan, kononnya mahu menjadikan Putrajaya sebagai bandar contoh dan selamat serta mencapai wawasan sifar kemalangan maut?

“Tetapi kemalangan maut terus meningkat, sedangkan terdapat pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kebanyakkan persimpangan lampu isyarat yang dikatakan sudah dipertingkatkan,” katanya.

Beliau walaupun kesibukan Putrajaya, jarang menyebabkan kesesakan yang teruk, namun apa yang mengerikan ialah keadaan jalannya mengundang maut.

“Di sesetengah kawasan banyak juga lampu isyarat yang sudah lama tidak berfungsi di kawasan ini, faktor ini juga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya jika tidak diambil tindakan segera,” katanya.

Onn berkata banyak aduan yang diterima tentang pihak berkuasa yang seolah-olah tutup mata kepda sikap pemandu yang membawa kenderaan dengan laju.

“Jangan harapkan CCTV sahaja, turun padang kawal sendiri lihat keadaan yang berlaku jangan hanya galak membina jalan yang menarik sehingga mengabaikan keselamtan pengguna,” katanya.

ends

Leave a Reply

Your email address will not be published.