Categories
SELANGOR

Banteras Pusat Hiburan Haram Secara Bersepadu

SHAH ALAM, 22 MAC : Operasi pemeriksaan pusat hiburan haram telah dilakukan beberapa kali mengikut keperluan dan juga merancang operasi secara berkala dengan kerjasama daripada agensi-agensi luar seperti Polis, JAIS dan Agensi Dadah Kebangsaaan.

“Operasi penguatkuasaan secara bersepadu merupakan salah satu kaedah terbaik dalam menangani masalah yang melibatkan pusat hiburan haram,”.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Adun Sementa, Abd Rahman Palil berkaitan kekerapan operasi membanteras pusat hiburan haram di Selangor.

Sehubungan itu, ahli Exco dan Adun digalakkan turun padang untuk menyertai operasi penguatkuasaan ke atas pusat hiburan haram yang terdapat di sekitar Selangor.

Akan tetapi, kuasa yang diberikan kepada PBT terhad untuk membanteras pusat hiburan haram kerana ianya perlu melibatkan kebenaran daripada TNBĀ  untuk pemotongan elektrik dan sebagainya.

“Pemotongan air dan elektrik adalah tindakan yang berkesan tetapi pemotongan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana perlu melalui organisasiĀ  tertentu seperti TNB dan lain-lain,” ujar Ronnie ketika menjawab soalan tambahan dari Abdul Rahman berkaitan pemotongan elektrik dan air di pusat hiburan haram.

Selain itu, Ronnie juga menyatakan ahli-ahli majlis PBT boleh menyertai operasi tetapi tidak diberikan kuasa kerana tidak mahu berlaku salah kuasa dikalangan ahli majlis.

Leave a Reply

Your email address will not be published.