Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor Akan Pelihara Tanah Rizab Melayu

SHAH ALAM 19 MAC: Kerajaan Selangor akan memastikan bahawa tanah rizab Melayu akan dijaga dan tidak dibangunkan sejajar dengan saranan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri mempunyai pangkalan data tentang rizab melayu danĀ  sentiasa memantau supaya pembangunan tidak berlaku di kawasan-kawasan ini.

?Kerajaan negeri memang ambil perhatian dan pantau supaya kita buat secara tertib.

?GLC (syarikat berkaitan kerajaan) juga sangat penting untuk membantu kerajaan negeri dan mereka telah di ingatkan supaya jangan pakai rizab melayu,? Abdul Khalid berkata selepas upacara perasmian pembukaan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Di dalam titah ucapannya, Sultan Selangor mengingatkan Kerajaan Negeri supaya memastikan pemilikan Tanah Rezab Melayu di Selangor tidak ditukarkan kepada individu atau syarikat bukan Melayu.

?Beta percaya Menteri Besar, Kerajaan Negeri Selangor dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah sentiasa berwasapada mempertahanakan Tanah Rizab Melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status.?

Leave a Reply

Your email address will not be published.