Categories
NASIONAL

Penduduk Taman Medan Desak Tol NPE Dihapuskan

PETALING JAYA, 23 MAC: Penduduk Taman Medan mendesak agar tol di lebuh raya New Pantai Exspressway (NPE) di Petaling Jaya dihapuskan kerana didakwa penyebab kepada kesesakan dan mengganggu ketenteraman penduduk di situ.

Menurut Setiausaha PAS kawasan Petaling Jaya Selatan, Ariffin Mahaiyuddin, kewujudkan tol yang terletak kurang satu km dari taman itu menyebabkan jalan-jalannya mengalami kesesakan.

Ini akibat kenderaan-kenderaan luar yang melencongkan masuk ke taman itu bagi mengelak dari membayar tol.

“Ini bukanlah jalan utama, cuma jalan taman sahaja, tetapi kenderaan cukup banyak, sesak.

“Kalau waktu pergi dan balik kerja, lagilah sesak dibuatnya sampai kerap jugalah berlaku kemalangan di sini kerana terlalu banyak kenderaan gunakan jalan sini,? Ariffin berkata.

Ariffin berkata keadaan tersebut juga mengganggu urusan seharian penduduk-penduduk taman.

“Tol di situ memang masalah bagi kami, contohnya kalau nak ke ta-taman perumahan berhampiran, nak hantar anak-anak sekolah kenalah melencong jauh,” katanya lagi.

Selain itu Ariffin mendakwa langkah Kerajaan Umno-BN mengenakan tol adalah tidak wajar memandangkan jalan itu memang sedia ada di kawasan terbabit.

Jalan tersebut bukan jalan baru yang dibina syarikat konsesi tol tetapi merupaka Jalan Klang Lama yang dilebarkan dan dipacakan plaza tol, kata Ariffin.

“Jadi memang tak patut lah, lebih-lebih lagi tambah membebankan rakyat, nak kena bayar tol pula.

“Lagi pun, keadaan sebelum dan selepas tol itu wujud sama sahaja. Jalan Klang Lama tetap sesak juga, malah dahulu jalan kampung ini tak sesak sekarang dah jadi sesak pula.

“Memang tak ada apa-apa keistimewaan pun bila kerajaan naik taraf dan bina tol, makin teruk ada lah,” katanya lagi.

Ariffin juga memberitahu, isu membabitkan tol ini pernah ditimbulkan sedikit masa dahulu tetapi tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan pusat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.