Categories
NASIONAL

Program Jelajah Demi Rakyat N. Sembilan 2012

SHAH ALAM, 30 MAC : Seketeriat Jelajah Demi Rakyat Negeri Sembilan 2012 akan mengadakan Program Jelajah Rakyat bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kegagalan Umno-BN mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan termasuk kerajaan pusat dengan menerangkan kelemahan dan penyelewengan yang wujud.

Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata penubuhan sekateriat tersebut bertujuan mengenalpasti masalah rakyat seperti kenaikan kos kehidupan kerana kenaikan harga barang, kos perubatan, kos pendidikan dan seumpamanya akan diberi penjelasan dalam program ini.

“Negeri Sembilan kini semakin hilang daya saing. Senarai projek terbengkalai, projek tertangguh, salah guna kuasa memparahkan lagi keadaan. Negeri yang berpotensi untuk ?menjadi hebat? ini hilang serinya kerana pentadbiran kerajaan yang lemah dan tidak cekap,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut Badrul , program ini mengandungi ?Jelajah Ceramah?, pengedaran risalah, siri pendedahan, program kebajikan dan seumpamanya dan program dalaman latihan jentera parti.

Jadual program umum adalah seperti berikut :

1 April 2012 ; Pelancaran Jelalah Jom Ubah Demi Rakyat ; depan Pejabat PKR Cabang Kuala Pilah
4 April 2012 ; Jelajah Dun Linggi ; Kg. Pasir Panjang, Port Dickson
7 April 2012 ; Jelajah Dun Pertang ; Kg Petasih, Jelebu
11 April 2012 ; Jelajah Dun Sikamat ; Pastim Taman Desa Rhu
14 April 2012 ; Jelajah Dun Johol ; Kg. Inas, Johol
18 April 2012 ; Jelajah Dun PD Bandar ; PD Walk (sebelah The Store, PD)
21 April 2012 ; Jelajah Dun Gemencheh ; Markas Pas Bukit Jalor
22 April 2012 ; Jelajah Dun Labu ; Pekan Bt.8, Labu
25 April 2012 ; Jelajah Dun Rantau ; Pusat Khidmat PKR DUN Rantau (depan Petronas pekan Rantau)
29 April 2012 ; Kemuncak Jelalah Jom Ubah Demi Rakyat ; Seremban

Selain program ceramah di kawasan yang di namakan akan diadakan juga pengedaran risalah, ziarah kebajikan dan perbagai aktiviti pada hari yang sama dengan tarikh tersebut yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

“Akan juga memperkenalkan buat kali pertama maskot istimewa yang akan hadir disetiap kempen yang akan diadakan. Mengenengahkan Motto ?sepakat ? beradat ? selamat? memberi kempen ini ke arah rakyat sepakat (menyatukan) membentuk kerajaan beradat (mengangkat undang ? undang adil) maka melahirkan sebuah negeri yang selamat (sejahtera) untuk rakyat.

“Pendekatan kempen mempunyai tema dan mascot yang istimewa ini akan berbentuk mesra rakyat dan julung kali diadakan dengan menampilkan tokoh nasional dan tempatan,” katanya.

Menurut beliau lagi, kesemua siri program jelajah ini akan mengajak rakyat untuk bersama dalam program kemuncak pada 29 April 2012 di Seremban.

“Himpunan Kemuncak ini akan menjadi himpunan rakyat terbesar Negeri Sembilan dan akan diadakan dalam suasana meriah dengan semangat penyatuan semua rakyat ke arah membentuk kerajaan baru dengan harapan baru,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.