Categories
NASIONAL

Rafizi Tolak Gesaan SPRM Buat Laporan Senyap-senyap

SHAH ALAM, 30 MAC: Hebahan tentang laporan rasuah kepada pihak berkuasa harus dibuat bagi mengelak kes tersebut disenyapkan.

Ini supaya masyarakat didedahkan dengan isu rasuah yang melanda pentadbiran negara, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

“Saya ambil contoh kes NFC, (National Feedlot Corporation) sebab kes itu yang betul-betul saya tahu. Selepas kita dedahkan dokumen, kenyataan yang datang baik dari SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah), baik Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan dan Ketua Polis Negara terus terang sebut tidak ada sebarang masalah.

“Di dalam parlimen contohnya, dua orang pahlawan mempertahankan, seorang Rembau, seorang Kota Belud.

“Sebab itu saya tidak setuju dengan Datuk shukri, Datuk kata jangan bawak gendang dan sebagainya bila buat laporan.

“Isu pasir di Selangor tak sama dengan NFC. Isu NFC kami ada dokumen-dokumen dan gambar yang kita bawa sampai disiasat, didakwa dan dah orang letak jawatan,” ujar beliau di dalam Wacana Sinar Harian semalam.

Hadir bersama Rafizi sebagai ahli panelisĀ  adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdul dan MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Rafizi menjawab gesaan Mohd Shukri yang mencadangkan agar laporan SPRM dibuat secara rahsia bagiĀ  memelihara ‘suprise elemen’ dalam sesuatu siasatan badan itu.

Rafizi berpendapat merahsiakan laporan rasuah akan menyebabkan sesuatu kes itu disenyapkan begitu sahaja bagi melindungi kepentingan pihak tertentu.

Dalam masa sama, Rafizi menempelak Umno yang menuduh kononnya terdapat perbuatan rasuah dalam isu penjualan pasir di Selangor, tetapi tidak mempunyai bukti untuk diketengahkan.

“Tetapi Umno cuma cakap sahaja tak ada bukti cuma yang ada adalah laporan akhbar-akhbar perdana setiap hari.

“Mungkin mereka dah lupa SPRM ada meletakkan dua pegawai mereka di pejabat Kumpulan Semesta,” kata beliau lagi.

Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar juga turut diundang sebagai salah seorang panelis dalam wacana yang mengupas isu bertajuk “Rasuah Politik: Realiti atau Persepsi”.

Leave a Reply

Your email address will not be published.