Categories
SELANGOR

E-Coder Akan Diguna Untuk Sebar Sumber Maklumat

SABAK BERNAM, 13 APRIL: Kerajaan Negeri Selangor akan mempertingkatkan lagi sumber maklumat kepada seluruh rakyat di negeri tersebut dengan memperkenalkan teknologi E-Coder yang akan melalui tempoh percubaan selama satu hingga dua bulan.

Menter Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata teknologi tersebut akan membolehkan lebih banyak maklumat diterima oleh rakyat berhubung pelbagai sumbangan dan peluang yang diberikan kepada rakyat.

“Kita nak uji dulu bagi membolehkan rakyat terima maklumat dari TV Selangor dan apa-apa program yang telah disediakan oleh rakyat.

“Ini salah satu cara kita mendampingi rakyat,” kata beliau ketika merasmikan pelancaran E-Corder di Majlis Mesra Rakyat Fasa Ketiga di sini.

Menurut Abdul Khalid, harga setiap E-Corder kira-kira RM300 dan pembelian secara ‘one off’ dan tidak di kenakan sebarang bayaran bulanan.

“Buat masa ini kita sedang mengedarkan lapan unit untuk digunakan di pejabat-pejabat Daerah dan PBT. Kita sedang cari jalan bangaimana untuk mengurangkan kos pembelian ini.

“Sebab itu kita ambil masa selama satu atau dua bulan untuk mengkaji keberkesanannya,” kata Abdul Khalid

Di majlis tersebut Abdul Khalid menyampaikan lapan unit E-Coder kepada Pejabat Daerah dan PBT.

Leave a Reply

Your email address will not be published.