Categories
SELANGOR

Isu Selenggara Kubur Gombak Setia Selesai

GOMBAK, 14 APR: Penduduk sekitar Kampung Changkat kini boleh menarik nafas lega berhubung isu penyelenggaraan pengurusan tapak tanah perkuburan Islam yang akan diselesaikan segera oleh Pejabat DUN Gombak Setia.

Sehubungan itu, Penyelaras DUN Gombak Setia, Salehuddin Nasir berkata keputusan  mesyuarat bersama wakil- wakil daripada tifa masjid pada 21 Mac lepas bersetuju untuk bekerjasama menyelenggara kawasan tanah perkuburan Kampung Changkat itu.

“Masjid- masjid tersebut terdiri  daripada Masjid Al-Syariff Simpang 3, Masjid Lama Batu 6 dan Masjid  Al-Syakirin telah bersetuju untuk mengeluarkan Kos bersama bagi penyelenggaraan tapak perkuburan itu,” katanya.

Sebelum ini,pihak pejabat PKM DUN Gombak Setia , sering menerima berbagai aduan penduduk apabila  waris  datang menziarahi pusara keluarga  terdapat sisa pembuangan  sampah, rumput panjang  sehingga sering berlaku banjir kawasan ini.

Mereka melahirkan rasa kesalnya  dengan penyelenggaraan pengurusan tapak tanah  perkuburan islam yang tidak diurus dengan baik .

“Dalam masa terdekat selepas mesyuarat khas kita akan adakan lawatan turun padang ke tanah perkuburan Kampung Changkat,” kata beliau.

Tanah perkuburan mempunyai keluasan  3ekar di Lot 80 telah digunakan semenjak 20 tahun lepas.

“Satu pertemuan susulan akan diadakan dalam waktu terdekat,” ujar beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published.