Categories
NASIONAL

Polemik Hudud Modal Umno-BN Musim Pilihanraya

SHAH ALAM 31 JULAI : Isu hudud yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini menunjukkan Umno-BN ketandusan modal serangan politik dan hanya mahu melagakan parti komponen Pakatan Rakyat.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan seng Giaw berkata, isu hudud ini merupakan topik pilihanraya Umno-BN semata-mata.

Ia menyaksikan Umno cuba mempengaruhi masyarakat luar bandar sementara MCA melalui Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek mensasarkan masyarakat bandar.

Menurutnya lagi, setiap kali menjelang pilihanraya, Umno-BN akan memainkan isu ini melalui tayangan semula kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan hudud.

Namun, tayangan ulangan setiap tahun ini tidak pernah berubah dan tetap mengekalkan isi kandungan yang sama.

“Dalam Pakatan kita sudah mengadakan mesyuarat dan tidak timbul isu hudud. Yang wujud adalah lebih 10 tahun di Kelantan dan Terengganu,?

?Pendirian Pas mengenai hudud sudah ditetapkan sejak 50 tahun lalu dan pendirian DAP mengenainya lebih 40 tahun,” kata MP Kepong itu apabila dihubungi.

Dalam perkembangan terbaru, Soi Lek mencabar pimpinan DAP keluar meninggalkan Pakatan Rakyat demi menjaga maruah parti berkenaan.

Kenyataan Soi Lek dibuat di dalam akhbar pro-Umno New Straits Times pada 30 Julai.

Menurut Soi Lek, hanya Karpal mempunyai pendirian tegas terhadap isu hudud berbanding Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Hari kemudiannya, akhbar tersebut memaparkan berita Karpal mengkritik Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan Tantawi berkenaan hudud.

Bagi MP Shah Alam, Khalid Samad, soal takut atau tunduk kepada sesiapa tidak pernah timbul di dalam Pakatan Rakyat sebaliknya masing-masing mengamalkan prinsip saling menghormati perbezaan antara satu sama lain.

“Bukan soal tunduk atau takut kepada sesiapa. Masing-masing mempunyai pendirian sendiri dan memang ada perbezaan.

?Apa yang perlu adalah kita pegang kepada apa yang telah dipersetujui bersama iaitu melaksanakan perkara yang dipersetujui bersama.

“Ada perkara yang tidak dipersetujui bersama yang mahu dibawa oleh DAP dan PAS buat masa ini kita perlu berhujah antara satu sama lain.

?Tapi tidak perlu dibawa keluar kerana belum sampai dibawa ke tahap perlaksanaan,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor.

Katanya, tindakan Soi Lek dan pemimpin Umno-BN lain yang terus cuba melagakan pimpinan Pakatan Rakyat jelas menunjukkan detik pilihanraya semakin hampir walaupun tarikhnya belum diputuskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.