Categories
NASIONAL SELANGOR

Rumah Terbuka Kerajaan Selangor Pada Hari Raya Pertama

SHAH ALAM, 16 OGOS : Seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor dijemput hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Selangor yang akan diadakan pada hari raya pertama.

Rumah terbuka Aidilfitri ini akan diadakan di Dataran Dewan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula 11 pagi sehingga 3 petang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mewakili kerajaan Selangor dan barisan Exco Kerajaan Negeri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam di Selangor.

“Semoga Aidilfitri tahun ini disambut meriah, penuh kesederhanaan dan elakkan pembaziran seperti yang dituntut dalam Islam.

“Bagi yang bukan Islam, berkunjunglah ke rumah jiran, rakan dan taulan bagi mengeratkan silaturahim kerana Aidilfitri adalah perayaan utama di negara ini dan untuk semua kaum,” ucapnya dalam satu sidang media sejurus selepas majlis mesyuarat exco.

Abdul Khalid turut menasihati kepada rakyat Selangor yang akan pulang ke kampung halaman agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, mematuhi papan tanda dan had laju serta amalkan pemanduan yang selamat dan bertimbangrasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.