Categories
NASIONAL

Anwar : Pindaan Pertuduhan Kes Bersih 3.0 Cerminkan Pendakwaan Tidak Profesional

KUALA LUMPUR 03 SEPT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pindaan pendakwaan terdahapnya dalam kes perhimpunan Bersih 3.0 April lalu yang menyaksikan perbicaraan ditangguh sekali lagi.

“Pendakwaan pinda. Saya tegur kerana Peguam Negara pada awal gopoh kerana nak kenakan (kesalahan) atas arahan politik.

?Jadi kita tengok ada kecuaian dari segi pertuduhan. Belum ada perbicaraan sudah dua kali pinda.

“Inilah bila AG (Peguam Negara) hilang kewibawaan profesionalisma.

?Pertuduhan penting dah beberapa kali pinda. Pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim salah sahaja,” katanya di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Hari ini, pihak pendakwaraya mengemukan pindaan ke-tiga terhadap pertuduhan Anwar.

Sebelum ini Anwar dituduh dibawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan berkaitan cubaan untuk merusuh.

Pindaan hari ini memasukkan perkataan bahawa tuduhan tersebut dibaca bersama Seksyen 147 kanun yang sama iaitu, hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dua lagi pertuduhan adalah dibawah seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman, dan di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama.

Pertuduhan sama turut dikenakan terhadap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard).

Dalam prosiding sama, peguam Anwar, Karpal Singh memohon agar  kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ini kerana Seksyen 4(1)(c) Akta Perhimpunan Awam berkaitan kebebasan berhimpun yang digariskan di dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kes ini harus didengar di Mahkamah Tinggi kerana di luar bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahmud Abdullah menetapkan 13 September untuk mendengar bantahan dari pihak pendakwaraya yang diketuai oleh Abdul Wahab Mohamad, Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof terhadap permohonan memindahkan kes tersebut.

Sementara itu Azmin turut melahirkan kekecewaan terhadap pindaan pertuduhan yang membuktikan kelemahan Jabatan Peguam Negara dalam menyiapkan kes ini.

Beliau turut melahirkan keyakinan barisan peguamnya akan melakukan hujah pembelaan sebaik mungkin bagi mengenepikan pertuduhan berbaur politik yang cuba menyekat ruang demokrasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.