Categories
NASIONAL

Anwar : Teka-teki Tarikh PRU Bukti Keyakinan BN Semakin Terhakis

SHAH ALAM 31 OGOS : Status tarikh pilihan raya yang masih menjadi teka-teki sehingga kini menggambarkan tahap keyakinan Umno-BN untuk menang berada di tahap kritikal.

Ketua Umum pkr, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nada yakin berkata ini merupakan satu petanda awal bakal berlakunya perubahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Saya tidak tahu untuk menjangkakan bila PRU tapi bila dalam kaca mata umum paemerintah teragak-agak untuk menginjak (tarikh) bermakna keyakinan dia untuk menang segera itu kurang dan kalau ada (keyakinan) pun amat kurang.

“Ini satu petanda awal InsyaAllah perubahan besar akan berlaku dalam PRU-13,” katanya dalam temubual esklusif dalam rancangan Fokus Isu terbitan TV Selangor.

Apa yang penting menurutnya lagi, Pakatan Rakyat sendiri perlu membuat persediaan rapi terutama sekali dalam memastikan rakyat mendapat maklumat dan fakta yang tepat.

Ujar Anwar, Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat turut diingatkan supaya menyempurnakan beberapa amanah rakyat dengan sebaiknya sebelum menempuh PRU-13.

“Keyakinan saya adalah sebaik rakyat mendapat maklumat mustahil mereka akan mendokong sisitem yang memeras mereka, memiskinkan mereka dan melihat kesenjangan antara golongan miskin dah kaya. Mustahil dia akan dukong.

“Jadi sebab itu cabaran kita adalah maklumat. maka kita kena lkukan sedaya. yang penting semuanya fakta,” katanya.

Tegas beliau jika segala maklumat dan fakta diperbahaskan kepada rakyat, beliau percaya Umno-BN tidak mampu bertahan memandangkan sehingga kini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal mengemukakan hujah konkrit mengapa beliau menolak undangan debat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.