Categories
NASIONAL

Rakyat Terkejut Petrol Ron 97 Naik Tanpa Diumum Menteri

SHAH ALAM 13 SEPT : Ada yang terkejut dan ada yang tidak pernah langsung mendengar sebarang berita pengumuman oleh pihak kerajaan dan Menteri berhubung kenaikan harga petrol Ron 97 kepada RM0.30 berkuatkuasa 5 September lalu menjadikan ia berharga RM3.00 seliter.

Reaksi ini diterima wartawan Selangor Kini di sekitar Shah Alam berkenaan isu yang diutarakan.

 

Menurut Roslan Husin,52, beliau langsung tidak tahu menahu berhubung kenaikan itu kerana tiada sebarang pengumuman rasmi oleh Menteri tidak seperti harga Ron 97 diturunkan sebanyak RM0.20 pada 5 Julai.

Malahan beliau bagaikan tidak percaya harganya sudah naik walaupun sudah beberapa hari perkara itu berlaku.

“Kerajaan tidak patut berbuat demikian sepatutnya hal kenaikan ini diumumkan agar rakyat mengetahui. Kerajaan sepatutnya bila hendak turunkan atau naikkan harga perlu diumumkan kepada rakyat,” ujar Roslan.

Hal demikian juga dipersetujui oleh Iskandar Che Soh,31, yang menyatakan kenaikan sebanyak RM 0.30 itu akan membebankan rakyat walaupun beliau tidak menggunakannya kerana harga bagi Petrol Ron 97 diluar kemampuannya untuk menggunakannya.

“Rakyat akan menjadi beban kepada kenaikan ini kerana harga barang juga akan ditakuti naik juga,” katanya.

Menurut Shahrul Sarni,32, kerajaan sepatutnya memberikan penjelasan yang munasabah sebarang kenaikan harga petrol kerana kenaikan tanpa pengumuman seolah-olah satu ‘serangan hendap’ terhadap kewangan rakyat.

“Saya tidak setuju dengan kenaikan ini kerana yang pastinya rakyat akan terus dibebani dengan kenaikan-kenaikan lain yang akan lebih menyusahkan rakyat seluruhnya,” kata.

Sejak 16 Julai 2010, Petrol Ron 97 sudah mengalami kenaikan sebanyak sembilan kali pada harga RM2.10 dan hanya dua kali penurunan harga.

Kali terakhir petrol Ron 97 turun adalah pada 5 Julai lepas sebanyak RM0.20.

Leave a Reply

Your email address will not be published.