Categories
NASIONAL

Penstrukturan Air : Jawatankuasa Khas Kerajaan Pusat Akan Menemui Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 10 OKT : Satu perbincangan mengenai penstrukturan semula industri air Selangor akan diadakan antara Jawatankuasa Kabinet Khas Isu Air Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perbincangan tersebut berkenaan dasar dan proses pelaksanaan proses penstrukturan.

Bagaimanapun, tiada tarikh yang ditetapkan untuk pertemuan tersebut.

Terdahulu, Kerajaan Pusat diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukan maklum balas terhadap proses penstrukturan semula industri air yang akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri.

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Kerajaan Pusat menerusi surat rasmi kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Muhyiddin pada 14 Sept.

Leave a Reply

Your email address will not be published.