Categories
NASIONAL SELANGOR

Belanjawan 2013 : Konsep ‘Value For Money’ Tingkatkan Hasil Negeri

SHAH ALAM, 19 NOV : Penerapan konsep ?Value For Money? atau ?nilai untuk setiap sen yang dibelanjakan? berjaya menjimatkan lebih RM 183 juta wang rakyat secara keseluruhan daripada dua inisiatif.

Pertama, Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan RM 102 juta melalui perlaksanaan sistem tender terbuka yang mengurangkan kos perolehan.

Kedua, melalui pengambilalihan kutipan sampah daripada Alam Flora Sdn Bhd awal tahun ini, Kerajaan Selangor dapat menjimatkan RM 81 juta.

Penjimatan RM 81 juta itu kemudiannya disalurkan semula kepada rakyat melalui skim pemberian rebat 25 peratus cukai pintu kepada pemilik rumah flat kos rendah di seluruh Selangor.

“Apabila kita mengambil alih pengurusan (kutipan sampah) tersebut, kita berusaha melaksanakan banyak penambahbaikan terhadap sistem pengurusannya.

?Antaranya mengamalkan sistem tender terbuka, melengkapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kompaktor dan pengurusan hutang PBT kepada Alam Flora.

“Kerajaan Negeri turut melakukan pemantauan aduan sisa pepejal, melantik kontraktor sokongan, membuat pengezonan semula serta menubuhkan unit khas bagi menjalankan audit kutipan sisa pepejal,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan Selangor 2013.

Sementara itu, penjimatan melalui amalan tender terbuka yang dijalankan sepanjang tahun melibatkan 63 projek berjumlah RM446 juta berbanding anggaran awal, RM549 juta.

“Kedua-dua kejayaan ini hasil penerapan konsep ‘value for money’ yang dipraktikkan Kerajaan Negeri dalam setiap urusan, pengurusan dan pentadbiran sejak empat tahun lalu.

“Justeru, tohmahan jahat sesetengah orang yang tiada pengetahuan dalam pentadbiran ekonomi kononnya rizab negeri melonjak kerana kita menyimpan wang dan tidak membelanjakan untuk pembangunan rakyat ternyata meleset.

“Rizab negeri meningkat kerana segala pembangunan dan projek dilaksanakan secara telus dan tidak berlaku ketirisan dalam pelaksanaannya serta perbelanjaan berhemat (tidak melampaui batas) yang diamalkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR),” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.