Categories
SELANGOR

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Tunaikan Janji Umno-BN Bina Jambatan Ke-3 Klang

SHAH ALAM 19 NOV : Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM 300 juta untuk membina jambatan ketiga di Klang bagi mengatasi masalah kesesakan bandaraya itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan menggunakan simpanan tunai Selangor untuk melaksanakan projek yang pernah dijanjikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

“Meskipun kita maklum bahawa pembinaan jambatan adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Namun Kerajaan Negeri akan mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi menepati janji Umno-BN terdahulu.

“Sewaktu sebelum Pilihanraya Umum ke 12, kononnya mereka (Umno-BN) sudah sempurnakan majlis pecah tanah.

“Bagaimanapun selepas lebih empat tahun, jangan jambatan, sebatang rangka pun masih tidak kelihatan,” katanya semasa membentangkan belanjawan 2013 di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan projek tersebut ketika menghadiri Majlis Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Klang, baru-baru ini.

Terdahulu, Kerajaan Pusat menjanjikan pembinaan jambatan ketiga di Klang bernilai RM 230 juta tetapi projek tersebut masih gagal disempurnakan sejak 2007.

Leave a Reply

Your email address will not be published.