Categories
NASIONAL SELANGOR

Kontraktor Selangor Digesa Tinggalkan Budaya ‘Rentier Class’

SHAH ALAM 07 NOV : Semua kontraktor di negeri ini digesa meninggalkan budaya ‘rentier class? yang merupakan peninggalan pemerintah Umno-BN.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Yaakob Sapari berkata budaya tidak sihat itu sewajarnya dielakkan.

“Konsep ‘rentier class’ berlaku apabila main-con (main-contraktor) lepaskan kerja kepada sub-con (sub-contractor) dan akhirnya berlaku satu ‘permainan di kalangan kontraktor’. Ini budaya yang tidak sihat yang sewajarnya dielakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapannya di Seminar Keusahawaan Kontraktor Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Hadir sama, Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.

Dr Yaakob turut mencadangkan alternatif lain bagi mengantikan konsep ‘rentier class’ kepada ‘owner operator’ dengan memberi fokus supaya kerja dijalankan dengan lebih efisen tanpa mewujudkan kelas-kelas kontraktor yang mengambil keuntungan atas angin.

Jelasnya, ‘owner operator’ merupakan cara paling berkesan dalam menangani masalah itu kerana hanya satu pihak sahaja yang bertanggungjawab menguruskan sesuatu kerja.

“Ia tanpa dipecahkan kepada kelas-kelas kontraktor lain dan tidak akan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain jika berlaku sebarang masalah.

“Usahawan kontraktor di negeri ini perku lebih bersikap matang dan professional,” katanya.

Dr Yaakob menambah usahawan kontraktor yang mengamalkan atau membiasakan diri dengan rasuah akan diambil tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.

“Mana-mana kontraktor yang bermasalah, kita tidak teragak-agak untuk memberi kad merah kepada dan tidak dibenarkan ‘turun padang’ selama dua tahun,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.