Categories
SELANGOR

LUAS Berjaya Pantau Bekalan Air Dengan Baik

SHAH ALAM, 26 NOV: Luas (Lembaga Urus Air Selangor) berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai agensi yang bertanggungjawab menyelia dan memantau bekalan air bagi penduduk Lembah Klang.

Kejayaan agensi tersebut mendapat pengiktirafan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab soalan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam persidangan Dewan Negeri Selangor hari ini.

“Luas merupakan sebuah agensi pertama di Malaysia yang ditugaskan menjaga jumlah air di Negeri Selangor.

“Jadi ia adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab yang tidak ada di negeri lain lagi di Malaysia, sebab itulah saya berani bercakap mengenai air mentah sebab kita ada agensi khas,” kata beliau.

Sebelum itu, Shuhaimi turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kejayaan Luas memantau jumlah air di Selangor dengan berkesan.

Luas yang ditubuhkan pada 1997 merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab memantau air di empangan seluruh Selangor mencukupi bagi kegunaan pengguna Lembah Klang.

Selain itu Luas juga menguruskan sungai dan sumber air lain secara bersepadu untuk dijadikan sumber bekalan air yang selamat digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.