Categories
NASIONAL SELANGOR

Manifesto PR Selangor Terlaksana Lebih 80 Peratus

SHAH ALAM, 23 NOV : Kerajaan Negeri menegaskan manifesto Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dilaksanakan hampir keseluruhannya dengan memfokuskan kebajikan rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dianggarkan lebih 80 peratus manifesto yang merangkumi program sosial itu sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri secara berperingkat sejak 2008 hingga kini.

Tegasnya, pertumbuhan ekonomi negeri menjadi tumpuan agar semua janji dalam manifesto dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan hasil pembangunan negeri dapat dirasai oleh setiap rakyat negeri ini.

“Manifesto atau program yang dijanjikan PR semasa PRU 2008 sebenarnya secara keseluruhan kita dapat jalankan untuk beri kebajikan kepada rakyat.

“Daripada angka-angka itu lebih 80 peratus kita¬† jalankan. Malah kalau kita tengok dan teliti manifesto oleh Umno-BN semasa PRU 2008 termasuklah membasmi rasuah, tetapi kegiatan itu masih berleluasa sehingga kini.

“Pelaksanaan manifesto ini berlaku, tetapi ia mengambil masa untuk dilaksanakan sepenuhnya,” katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2013 semasa sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Terdahulu, Ketua Pembangkang DNS, Datuk Mohamad Satim Diman mendakwa Kerajaan Negeri gagal melunaskan manifesto PRU-12, malah timbul isu-isu baru yang menyerlahkan kepincangan Kerajaan PR Selangor mentadbir.

Selain menyifatkan pembentangan Belanjawan Selangor 2013 oleh Abdul Khalid sebagai retorik, Satim berkata, masih banyak isu-isu yang belum terjawab melibatkan kepentingan rakyat Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.