Categories
NASIONAL SELANGOR

Sambutan TAWAS Luar Dugaan, Staf Bank Terpaksa Kerja Lebih Masa


SHAH ALAM, 29 NOV: Sambutan masyarakat Selangor terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di luar dugaan sehingga memaksa kakitangan bank berkerja lebih masa untuk memproses Sijil Simpanan Tetap TAWAS.

Demikian menurut Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dalam persidangan Negeri Selangor (DNS) semalam.

“Kalau (Adun) Sungai Pelek kata TAWAS tak dapat sambutan memang salah sebab pihak bank sendiri tidak menduga sambutannya hingga menyebabkan kakitangan mereka terpaksa berkerja lebih masa,” kata Rodziah.

Bagi pemohon TAWAS yang memenuhi syarat, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menghantar nama dan dokumen berkaitan kepada AMBank Berhad untuk memproses Sijil Simpanan Tetap bernilai RM 100 untuk perserta.

Daripada RM 100 yang dilaburkan oleh Kerajaan Negeri para peserta program TAWAS akan menerima wang sebanyak RM 1,500 apabila mereka mencecah usia 18 tahun.

Bulan lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu sehingga Mei 2012 jumlah pembayaran kepada bank meningkat kepada RM 4,159,700 dan melibatkan 41,597 ahli.

Seramai 24,473 sudah menerima Sijil Simpanan Tetap dan 16,748 masih dalam proses.

Selain itu, lebih 30 ribu borang permohonan masih menunggu giliran untuk dihantar kepada pihak bank untuk pemprosesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.