Categories
SELANGOR

526 Pelajar Peroleh 5A Dalam UPSR Terima Hadiah Kecemerlangan Dun Kota Anggerik

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
SHAH ALAM, 15 DIS: Seramai 526 orang pelajar dari kawasan Kota Anggerik yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 menerima hadiah sebagai penghargaan atas pencapaian mereka.

Pelajar yang memperolehi keputusan 5A tersebut merupakan pelajar dari 11 buah sekolah di kawasan DUN Kota Anggerik.

Hadiah berupa sijil penghargaan, beg sekolah dan wang tunai tersebut disampaikan Adun kawasan terbabit, Dr Yaakob Sapari di pentas utama, tapak Selangor Agro Fest 2012 yang diadakan di tapak letak kereta Stadium Shah Alam, di sini.

Di samping mengucapkan tahniah kepada pelajar terlibat, Dr Yaakob turut menasihati para ibu bapa agar menitikberatkan akidah pelajar selain pendidikan akademi.

“Bagi saya, memang pendidikan akademi itu penting, tetapi jika tidak disertai dengan akidah yang baik akan mendatangkan hasil yang tidak sempurna.

“Kawan saya berugama Hindu sekalipun juga setuju, moral sangat penting,” ujar beliau yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam OLYMPUS DIGITAL CAMERAdan Pembangunan Usahawan.

Sementara itu, pelajar SK Bukit Jelutong, Dania Betrisyia Farid yang memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam UPSR baru-baru ini berkata, penghargaan itu merangsang semangat beliau untuk mengulangi pencapaian cemerlangnya.

“Syukur atas kejayaan dapat keputusan 5A dan bila dihargai begini saya jadi lebih bersemangat untuk kekalkan prestasi cemerlang ini dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” kata Dania.

Nur Erisya Adleena Noor Azwan dari sekolah sama pula berkata beliau amat gembira apabila pencapaian cemerlangnya dihargai oleh Pejabat Adun Kota Anggerik.

“Masa naik pentas tadi gementar sedikit jumpa Adun, tetapi sangat gembira sebab beliau  menghargai kejayaan saya perolehi keputusan 5A dalam UPSR,” ujar Erisya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.