‘Banyak Kos Tersembunyi Dalam Pembelian Senjata Di Kementah’

Beli Senjata

PETALING JAYA, 23 JAN: Budaya pembelian peralatan tentera secara terus tanpa amalan tender terbuka seperti yang diamalkan Kementerian Pertahanan (Kementah) perlu diubah demi memastikan sistem pertahanan negara berada di dalam keadaan kukuh.

Gesaan ini dilontarkan oleh mantan Timbalan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid yang melihat budaya sebegini hanya merugikan negara kerana melibatkan peningkatan kos pembelian serta menjurus kepada budaya ketirisan.

Beli Senjata1

“Dua masalah besar dalam budaya di Mindef yang membeli alat (ketenteraan) melalui rundingan terus (direct nego). Ini melibatkan kos terlalu tinggi.

“Sebagai contoh harga (peralatan) RM200 juta kita beli dengan (harga) RM1 bilion. Terlalu banyak kos tersembunyi.

Beli Senjata3

“Ini mendedahkan kepada rasuah. Ini bukan sisitem yang baik dan perlu diubah. Membeli dengan cara ini hanya menguntungkan kumpulan tertentu,” katanya pada satu sidang media bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, kesan daripada rundingan terus ini, pasukan pertahanan negara tidak dapat memilih senjata paling berkesan.

Lebih merugikan, negara tidak dapat mempelajari pertukaran teknologi yang diperkenalkan oleh negara terbabit.

Sebagai contoh negara Pakistan yang berjaya membangunkan teknologi submarinenya sendiri setelah bekerjasama dengan Perancis dalam urusan pembelian senjata yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Jelasnya, kebergantungan terhadap pembelian senjata dari negara luar boleh mengakibatkan negara terpaksa mengeluarkan belanja tinggi terutama dalam urusan mencari dan membeli alat ganti senjata sekiranya berhadapan kerosakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.