Categories
NASIONAL SELANGOR

Mahathir Sudah Mengaku, Jangan Babitkan Anwar

Lajim Sabah

SHAH ALAM 24 JAN: Datuk Seri Lajim Ukin menyatakan Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak tidak wajar cuba mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi penjelasan dalam isu pendatang tanpa izin.

Ini kerana, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sudah mengakui bahawa beliau yang terlibat secara langsung dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

“Cabaran yang dikemukakan oleh Salleh itu tidak tepat,” kata Lajim yang juga mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jelas beliau, penubuhan RCI itu mendedahkan pengeluaran kira-kira 200,000 untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing.

“Pendedahan ini akan membuka mata rakyat Sabah.

“Kerajaan BN kini tidak melindungi kepentingan rakyat Sabah tetapi lebih mahu melindungi pendatang tanpa izin dan juga yang tidak layak mendapat kad pengenalan,” katanya.

Anggota panel RCI itu terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu.

Turut sama, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.

Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 Februari hingga 27 Februari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.