Categories
NASIONAL

Pasca HKR112: Pakar Matematik Anggar 700,000 Hadir

HKR stadium merdeka 11 crowd
SHAH ALAM, 14 JAN: Hujah yang menganggarkan seramai 700,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) Sabtu lalu harus dihormati kerana datang daripada seorang pakar matematik.

Pandangan tersebut diberikan oleh bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Shaharir Md Zain yang dahulu pernah menjadi Presiden Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA).

Demikian berkata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada TV Selangor hari ini.

“Munasabah apa yang beliau katakan itu, sebab kalau kita tengok dari udara, kumpulan perserta yang hadir bukan sahaja penuh dalam stadium, tetapi sehingga keluar beberapa kilometer jauh.

“Ini bukan saya yang cakap, tapi seseorang yang pakar dalam matematik cakap berdasarkan ilmunya,” ujar Mohamad Sabu.

Analisa Prof Dr Shahrir itu dibuat di laman facebook beliau dan dipetik daripada portal berita Penang Insight.

Kiraan ahli akademik itu berpandukan teorinya bahawa seorang memerlukan dua kaki persegi (sq ft) untuk bergerak dengan selesa.

Manakala Prof Dr Shahrir mengandaikan bahawa satu kilometre bersamaan dengan 10,000 kaki (ft)

?Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.

?Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.

?Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per km).

?Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,? katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas kawasan stadium yang dikatakan pada lingkungan tujuh kilometer.

Prof Dr Shahrir yang juga dianggap Lagenda Matematik Malaysia merupakan seorang saintis dan pakar dalam bidang matematik tulen dalam sub-bidang fizik kuantum.

Beliau juga mahir dalam bidang falsafah sains Islam, etnomatematik, bahasa dan teori pengurusan dan juga beberapa bidang lain.

Beliau yang pernah menduduki kerusi Presiden Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan juga ketua Jabatan Matematik UKM itu juga merupakan anak Melayu pertama yang memperolehi ijazah Ph.D. dalam bidang matematik fizik kuantum.

Leave a Reply

Your email address will not be published.