Categories
NASIONAL

Pendirian PR Isu Kalimah Allah Selaras Pandangan Ulama Tersohor Dunia

Mat Sabu White 01
KUALA LUMPUR, 8 JAN : Pendirian Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini bahawa penganut Kristian boleh menggunakan nama Allah bukan untuk meraih sokongan golongan bukan Islam, tetapi selaras dengan pandangan ulama tersohor seperti Dr Yusuf al-Qaradawi.

Ulama-ulama tersohor tersebut bukan sahaja langsung tidak mempunyai kepentingan politik, malah tidak berminat untuk mengambil tahu perkembangan politik negara ini.

Pendirian yang diambil mereka adalah berdasarkan rujukan yang dibuat dari Al-Quran, kata Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu.

Selain itu, pendirian tersebut juga selaras dengan pendirian pemimpin utama PAS yang dianggap sebagai ulama, iaitu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun kata Mohamad, Umno-BN yang sebenarnya mengambil kesempatan untuk mempolitikan isu tersebut bagi meraih sokongan masyarakat Melayu Islam negara ini menjelang pilihan raya nanti.

“Pendirian tersebut seperti yang telah dijelaskan oleh kedua-dua ulama kami, bahawa nama Allah itu telah disebut zaman berzaman lagi di negara Arab.

?Orang Arab tidak menyebut nama lain selain nama Allah dalam percakapan mereka.

“Ini yang mereka cuba mainkan sentimen orang Melayu bukan tanda mereka sayang kepada agama, tetapi cuma mainkan sentimen,” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Beliau berkata demikian di dalam satu wawancara ekslusif bersama TV Selangor semalam.

Selain itu, menurut beliau kekeliruan dalam isu ini tidak akan timbul sekirannya Umno-BN tidak mengambil kesempatan politik dalam isu ini.

Pada 2010, Abdul Hadi selepas mesyuarat khas PAS mengumumkan bahawa parti itu berpendirian bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang Kristian.

Selain itu PR turut mengambil keputusan sama denan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan Allah dalam kitab Injil Bahasa Malaysia mereka.

Isu tersebut dibangkitkan baru-baru ini oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusan hari Krismas Disember lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.