Categories
NASIONAL SELANGOR

PR Mampu Pertahan Selangor Dan Ambilalih Putarajaya

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 01

SHAH ALAM 26 JAN : Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan Selangor berdasarkan sokongan rakyat ketika ini yang memihak kepada gabungan itu berbanding Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 02Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkembangan semasa di dalam negara membuktikan rakyat mula menaruh harapan kepada PR untuk terus mentadbir Selangor malah tidak terkecuali mengambilalih pentadibiran negara di Putrajaya.

Menurutnya, kajian beberapa pihak juga jelas memberi gambaran sokongan rakyat lebih kepada PR berbanding Umno-BN.

“Analisa dibuat seorang pegawai tinggi ekonomi Bank Islam yang tidak memihak kepada sesiapa, menyatakan kenyataan bahawa harapan PR menang dan memiliki Putarajaya adalah tinggi.

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 03“Kajian dibuat kumpulan daripada Universiti Malaya (UM) menyatakan harapan untuk PR juga tinggi. Kajian dibuat oleh Cawangan Khas, polis dan tentera menunjukkan PR boleh menang.

“Daripada kajian dinyatakan bahawa rakyat sudah setuju untuk tukar kerajaan,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilihan raya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Abdul Khalid berkata, PR pada masa ini bersetuju bersama rakyat bagi membuat satu gelombang baru iaitu rakyat menentukan kerajaan yang memerintah.

“Gelombang ini sangat penting iaitu gelombang kedua dari 2008, bukan sahaja kita perlu mengukuhkan kerajaan di Selangor tetapi kita mengubah kerajaan di Putrajaya.

“Rakyat mula percaya kepada kita,” katanya.

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 04

Leave a Reply

Your email address will not be published.