Categories
NASIONAL SELANGOR

DUN Taman Medan Ambil Inisiatif Turun Padang Perkenal Skim Tunas

Taman Medan 02

PETALING JAYA SELATAN, 6 FEB : DUN Taman Medan mengambil inisiatif turun padang ke Tadika dan Pra Sekolah  dalam memberikan penerangan dan borang Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang merupakan salah satu program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Adun Taman Medan,Haniza Talha berkata, penjelasan itu bagi memastikan maklumat berkenaan skim itu diketahui oleh peringkat akar umbi dan bantuan itu dapat dinikmati oleh golongan sasaran.

Ujarnya lagi, pihak Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diseru untuk menerima baik usaha yang bawa Kerajaan Negeri yang memperuntukkan RM3 juta untuk Skim Tunas itu.

“Kita mengambil inisiatif sendiri turun ke tadika-tadika tersebut dan mendapatkan kata persetujuan mereka untuk didaftarkan,” kata Haniza.

Ujar beliau, Skim Tunas turut membantu kepada warga ibu tunggal yang mempunyai anak yang belajar di Tadika.

Sebelum itu, Haniza turun padang ke Pejabat Kemajuan Kemas di sini untuk memberikan penjelasan berkenaan skim itu di mana Kemas mempunyai 24 buah Tadika di sekitar Petaling Jaya Selatan.

Taman Medan 01

Beliau juga turut menyerahkan 125 Borang Skim Tunas kepada Sekolah Kebangsaan Taman Medan dan dan 25 borang Skim Tunas kepada Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya 1 di sini.

“Saya nampak respon sangat positif daripada pihak Kemas dan pihak Pra-Sekolah,” katanya.

Ujarnya usaha akan terus digiatkan untuk memastikan keseluruhan Tadika di DUN Taman Medan dapat didaftarkan.

Skim Tunas adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak Tadika yang layak dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada Tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

Pada peringkat awal, kelayakan bantuan adalah untuk ibu bapa yang berpendapatan RM1,500 ke bawah. Peringkat berikutnya, kelayakan untuk ibu bapa yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan dipertimbangkan.

Skim Tunas itu diperkenalkan Kerajaan Selangor sejak Julai 2012 lepas.

Skim ini ditadbir oleh:

RANTAIAN MESRA SDN. BHD.
Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam
Tel: 03-55103468 / 03-55103472
Faks: 03-5510 3455

Laman web untuk Skim TUNAS: http://www.e-tunas.org

Leave a Reply

Your email address will not be published.