Categories
SELANGOR

MPK Tawar Minimum RM15 Kompaun Letak Kereta

MPK 01

SHAH ALAM 7 FEB : Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat tawaran pengurangan kompaun  RM15.00 bagi setiap kompaun letak kereta bermula 1 Februari sehingga 28 Februari dan jumlahnya akan meningkat kepada RM30.00 bagi setiap kompaun bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2013.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz berkata tawaran pengurangan itu dilaksanakan semula selepas mendapat sambutan menggalakkan di mana orang ramai yang mengambil peluang tersebut untuk menjelaskan kompaun-kompaun tertunggak mereka sebelum ini.

Katanya, kempen yang diadakan juga akan membantu pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menjelaskan kompaun mereka yang terdahulu  dapat melangsaikannya mengikut tarikh yang ditetapkan.

?Orang ramai  digesa untuk mengambil peluang yang ada untuk menjelaskan kompaun-kompaun mereka sebelum tempoh tawaran tamat pada 1 April 2013 dan semakan boleh dibuat di Kaunter Ibu Pejabat MPK dan Pejabat Cawangan MPK Jalan Tengku Kelana manakala bayaran boleh dibuat di semua kaunter-kaunter Majlis di Ibu Pejabat MPK, Pejabat Cawangan MPK, Jalan Tengku Kelana.

? Selain daripada itu, bayaran juga boleh dilakukan di  Kaunter MPK Pasaraya Giant Bukit Tinggi, Kaunter MPK Perhentian Bas Port Klang, Pejabat Cawangan Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, Dewan Orang Ramai Meru, Pejabat Cawangan Pasar Pekan Kapar, Kaunter Bergerak MPK dan Kaunter ?Roadshow? MPK yang akan disediakan kelak,” katanya dalam kenyataan media.

Sementara itu, Norfiza menjelaskan, orang ramai kini boleh mula mendapatkan kupon letak kereta di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan cawangannya serta ejen-ejen yang dilantik selaras dengan inisiatif MPK yang mula memperkenalkan Sistem Letak Kereta Berkupon.

Leave a Reply

Your email address will not be published.