Categories
SELANGOR

MB : PBT Cemerlang Di Bawah Pakatan Rakyat

Program Zon Bersih di Kuala Selangor 01

KUALA LUMPUR 23 MAC :Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa bangga terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor yang membuktikan kecemerlangan sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih negeri ini.

Abdul Khalid berkata, semua PBT di Selangor berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik dan lebih efisyen sepertimana diharapkan.

Menurutnya, langkah tersebut merupakan satu budaya kerja yang mampu membawa perubahan kepada negeri Selangor.

Katanya, bukti yang paling jelas apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan mengambilalih pengurusan sampah daripada Alam Flora.

“Walaupun pada awal agak tidak stabil, PBT terima cabaran diberi dan buktikan boleh menjalankan tugas.

Program Zon Bersih di Kuala Selangor 02“Malah cara kita kendalikan pembersihan jauh lebih teliti dari Alam Flora dan jauh lebih murah.

“Ini menunjukkan bagaimana kita memahami dan tunjukkan PBT sentiasa bertanggungjawab,” katanya dalam Majlis Pelancaran rogram Zon Bersih 2013 Peringkat Negeri Selangor di Bandar Malawati di sini hari ini.

Menteri Besar berkata, penglibatan PBT secara langsung mampu melahirkan keadaan jauh lebih baik dalam kehidupan masyarakat.

Katanya, cara tersebut menjadi Selangor bukan sahaja negeri yang maju tetapi mengamalkan kebersihan.

Program Zon Bersih dijalankan sejak 2010 dengan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) terpilih sebagai tuan rumah tahun ini dengan tema “Kejiranan Hijau”.

Leave a Reply

Your email address will not be published.