Categories
NASIONAL SELANGOR

Tender Terbuka Loji Air : Kerajaan Negeri Jimat RM40 Juta

MB Melawat Loji Air Kuala Selangor 01

KUALA SELANGOR, 24 MAC : Meskipun Kerajaan Pusat memperuntukkan RM90 juta untuk projek menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,tetapi Kerajaan Negeri Selangor berjaya melaksanakan projek tersebut dengan kos keseluruhan cuma RM 50 juta.

Penjimatan RM40 juta ini disebabkan dasar tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri dan ketelusan melaksanakan sesuatu projek termasuklah kerja menaik taraf ini.

“Projek menaik taraf stesen mengepam air mentah ini diluluskan oleh Kerajaan Pusat pada 18 Jun 2010 dengan kos sebanyak RM90 juta untuk dilaksanakan Kerajaan Negeri.

MB Melawat Loji Air Kuala Selangor 02“Kerajaan Negeri telah melaksanakan proses tender terbuka bagi projek ini dan hasilnya penjimatan sebanyak RM40 juta dapat diperolehi di mana keseluruhan projek ini hanya berjumlah RM50,” Kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Taklimat dan Lawatan Tapak Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 di sini semalam.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini menerapkan konsep ‘Value For Money’ bagi memastikan setiap sen yang dibelanjakan Kerajaan Negeri memberi manfaat yang maksima kepada rakyat Selangor.

Antara kejayaan konsep tersebut termasuklah kejayaan menjimatkan RM102 juta melalui perlaksanaan sistem tender terbuka yang mengurangkan kos perolehan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menjimatkan RM81 juta setahun dari hasil penstrukturan semula pengurusan sisa pepejal yang sebelum ini dimonopoli oleh Alam Flora Sdn Bhd.

Hasil dari penjimatan itu kemudiannya disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai skim seperti pemberian rebat 25 peratus cukai pintu kepada pemilik rumah flat kos rendah di seluruh Selangor dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.