Categories
SELANGOR

Tiket Bola Percuma Selangor lwn JDT

grafik liga super 2013 Selangor

SHAH ALAM 6 MAC : Kerajaan Negeri menawarkan sebanyak 5,600 tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan Liga Super 2013 Selangor menentang Darul Takzim FC yang akan berlangsung Sabtu ini.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata tiket itu ditawarkan kepada pemegang kad pengenalan bernombor 10 iaitu anak Selangor sempena Sambutan lima tahun pentadbiran Kerajaan Negeri hujung minggu ini.

Katanya, tiket-tiket itu akan mula diedarkan bermula jam lima petang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Sabtu ini.

Sempena sambutan dua hari itu juga, pelbagai program menarik akan diadakan antaranya Forum Perdana, Sambutan Hari Wanita peringkat negeri, persembahan pentas, penyampai program Merakyatkan Ekonomi Selangor, zikir perdana dan demonstrasi masakan.

Sambutan bermula pada 8 Mac dari jam 7 malam hingga 11 malam bagi Zikir perdana dan Forum Perdana dan pada 9 Mac (Sabtu), sambutan bermula jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Antara artis yang akan memeriahkan sambutan, Dayangku Intan, Jack Dzul, Ikka Razman, Miss Sarada, Band Summerhead dan Blank Gamma serta Yasin.

Manakala beberapa pimpinan Pakatan Rakyat akan turut hadir, antaranya Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail serta pimpinan PR Selangor.

ends

Leave a Reply

Your email address will not be published.