Categories
SELANGOR

Warga Ijok Hargai Program Kebajikan Kerajaan Selangor

Jom Shopping 23 Mac 01

KUALA SELANGOR 23 MAC : Komitmen berterusan Kerajaan Negeri menganjurkan program kebajikan untuk rakyat Selangor sejak lima tahun lalu sememangnya amat dihargai.

Duah Mohamad,63, yang tinggal di Bestari Jaya berkata sebagai warga Selangor, beliau begitu berbangga dengan Kerajaan Negeri yang dilihat telus dan ikhlas dalam mentadbir negeri.

“Kebijaksanaan kerajaan yang ada ini bukan sahaja menguntungkan negeri, malah rakyat juga dapat merasa kekayaan negeri ini setelah berpuluh tahun rakyat dinafikan hak sepatutnya.

“Saya berharap agar kerajaan dapat kekalkan komitmen sebegini agar Selangor terus maju sementara rakyat juga merasa senang dan aman,” ujar penjawat awam ini ketika ditemui di program Jom Shopping DUN Ijok pagi tadi.

Sementara itu, Sabariah Lokman ,69, pula berharap lebih banyak lagi program kebajikan dapat dianjurkan untuk manfaat rakyat.

“Kita hargai usaha Kerajaan Negeri dan berterima kasih namun jika dapat diperbanyakkan lagi atau dipertingkatkan lagi, kami sebagai rakyat memang sangat alu-alukan.

“Sekarang pun barang keperluan mahal, jadi program-program kebajikan (seperti ini) memang banyak membantu terutama orang-orang kurang berkemampuan,” ujar nenek kepada 18 orang cucu ini.

Terdahulu, seramai 120 orang warga emas berusia 60 tahun dan ke atas daripada DUN Ijok menyertai Program Jom Shopping di Pasaraya Econsave Alam Jaya di sini.

Menteri Besar yang juga Adun Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut berkesempatan beramah mesra menemani para peserta membeli-belah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.