Categories
NASIONAL SELANGOR

40 Peratus Melayu Kekal Miskin Di Bawah Umno

mb anwar umum calon bandar tun razak 02

BANDAR TUN RAZAK, 11 APRIL : Umno-BN didakwa gagal mempertahankan dan memperjuangkan hak kepentingan masyarakat Melayu dan Bumiputera apabila fakta membuktikan kira-kira 40 peratus golongan itu hanya memperolehi gaji di bawah RM1,400.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Umno-BN memerintah lebih 50 tahun tetapi ia gagal mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan kaya dan miskin.

“Majoriti gaji RM1,400 ke bawah, orang Melayu tapi Umno cakap : Hidup Melayu! Tapi, Melayu Umno yang kaya. Dapat saham, permit teksi, dapat balak, tanah,” katanya.

Anwar berkata demikian di hadapan lebih 5,000 orang pada ceramah di padang bola di Jalan Jujur di sini.

Tegas Anwar, jurang perbezaan ekonomi itu wujud akibat dasar BN yang mengamalkan kronisme sehingga kekayaan negara berligar disekitar elit korporat yang dekat dengan pimpinan politik negara.

“Syed Mohktar RM10 bilion, Mokhzani Mahathir RM2.2 bilion, Mirzan Mahathir RM2.9 bilion, adik Najib juga berbilion, Taib Mahmud puluh bilion. Rakyat ? RM2,000. Maknanya, miskin,” katanya.

Anwar juga mendedahkan bagaimana pemimpin Umno sanggup menipu rakyat dengan menyorokkan keburukkan sehingga masalah pokok yang dihadapi rakyat tidak pernah selesai.

?Tanya pemimpin Umno BN, Harga macam mana? Jawabnya terkawal. Pendapatan rakyat? Rakyat semua bahagia, Rasuah? Sikit sahaja.

?Inilah pemimpin Umno, tidak faham derita rakyat. Siapa tak tahu negeri ini kaya? Hasil minyak cecah RM80 bilion setahun tapi pendapatan di tahap lama,? katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.