Categories
SELANGOR

Abdul Khalid Guna Pengalaman Selesaikan Projek Terbengkalai Bantu Penduduk Bandar Tun Razak

khalid penerangan pembangunan semula BTR 01

BANDAR TUN RAZAK, 14 APR: Penduduk lima pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini dinasihatkan agar meneliti cadangan pembangunan semula bangunan-bangunan tersebut bagi memastikan rancangan itu membawa pulangan berbaloi kepada mereka.

Kelompok penduduk yang dianggarkan berjumlah 5,000 itu juga dinasihatkan oleh calon Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya memastikan rancangan itu tidak menguntungkan pemaju semata-mata.

Abdul Khalid berkata pihaknya akan memberi khidmat nasihat kepada penduduk-penduduk tersebut supaya mereka membuat keputusan yang tepat apabila diminta DBKL untuk memberi maklumbalas berkenaan projek itu.

Tambahnya, pengalaman menyelesaikan masalah penduduk Kampung Berembang, Ampang semasa beliau Menteri Besar Selangor akan digunapakai dalam kes ini agar penduduk di Bandar Tun Razak menikmati faedah setimpal daripada perancangan itu.

Abdul Khalid berkata, rakyat perlu menerima pembangunan yang munasabah dan pihak pemaju tidak boleh mengaut keuntungan yang tinggi khalid penerangan pembangunan semula BTR 02sebaliknya mengembalikan keuntungan kepada rakyat.

“Nak bangun semula sebab nak untung tidak salah tapi jangan cari untung daripada rakyat.

“Setiap pemilik mendapat pulangan yang terbaik. Kalau pemaju dapat untung lebih 12 peratus, pulangkan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada sesi satu sesi penerangan di Padang Bola Sepak Blok 6, Seri Melaka di sini.

Sesi tersebut bagi menerangkan rancangan pembangunan semula Perumahan Awam Seri Melaka, Seri Johor, Seri Pulau Pinang dan Ikan Emas.

Di bawah rancangan itu, setengah penghuni yang menyewa unit mereka dari DBKL diminta membeli dan jual balik unit tersebut kepada DBKL dibangunkan semula.

Difahamkan DBKL menawarkan harga RM 100 untuk setiap kaki persegi untuk transaksi itu.

khalid penerangan pembangunan semula BTR 03Abdul Khalid menggesa semua penduduk membalas surat jawapan kepada DBKL dengan tertib dan pihaknya akan menyediakan draf surat berkenaan.

“Jawab dengan tertib, nyatakan maklumat belum jelas. Kita memerlukan maklumat jelas,” katanya lagi.

Turut hadir sama sesi penerangan itu beberapa profesional dari Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang bertindak memberikan penerangan dan bantuan nasihat untuk penduduk setempat.

Difahamkan projek pembangunan semula ini akan melibatkan lebih 5,000 penduduk setempat dengan keluasan tanah 152 ekar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.