Categories
NASIONAL SELANGOR

Abdul Khalid : Kajian Ramal PR Boleh Menang 215 Kerusi Parlimen

MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 04

BANDAR TUN RAZAK, 11 APRIL : Sejumlah 215 kerusi parlimen mampu dimiliki Pakatan Rakyat(PR) dalam pilihan raya kali ini, dedah calon Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Di hadapan 5,000 orang ketika berceramah di Padang Jalan Jujur di sini, Abdul Khalid beliau menerima emel daripada beberapa rakan yang membuat tinjauan (survey) secara teliti.

“Mereka merupakan kumpulan universiti yang membuat kajian dan tiada kepentingan dalam politik, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Jika strategi Pakatan Rakyat yang ada sekarang berjalan maka kita (PR) sekurang-kurangnya memenangi 215 kerusi.

Ceramah Bandar Tun Razak 01“Maka angka-angka ini menunjukkan bahawa peluang kita untuk memenang adalah nampak jelas,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata, kajian itu melalui tiga peringkat di mana pertama dibuat pada Jun 2012 , yang kedua pada Disember dan ketiga Mac 2013.

“Kajian-kajian yang ditunjukkan menunjukkan peningkatan, jadi saya rasa ini cabaran kita sekarang untuk menumpukan bagaimana untuk mencapai kemenangan yang saudara citakan dan perjuangkan selama lebih 10 tahun,” kata Abdul Khalid.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan PR akan memenangi PRU-13 dengan majoriti lebih daripada 10 kerusi parlimen dan menguasai sekurang-kurangnya enam daripada 13 negeri.

Sementara Penasihat DAP, Lim Kit Siang mensasarkan PR perlu memenangi sekurang-kurangnya 33 kerusi Parlimen daripada 83 kerusi Parlimen di negeri deposit BN iaitu Johor, Sabah dan Sarawak bagi meneruskan kesinambungan tsunami politik PRU-12.

Leave a Reply

Your email address will not be published.