Categories
SELANGOR

Bonus RM 300 Satu penghargaan Kepada Kakitangan Awam, Bukan Pancing Undi

mb marathon wanita 02

SHAH ALAM, 5 APR : Langkah memberi bonus RM 300 kepada kakitangan awam Negeri Selangor merupakan satu penghargaan atas sumbangan golongan itu membantu Kerajaan Negeri mencapai pelbagai kejayaan sepanjang lima tahun mentadbir.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu bukanlah bertujuan memancing untuk Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

mb marathon wanita 01“Saya percaya dengan RM 300 tidak akan menyebabkan mereka terpengaruh kerana mereka mempunyai pendirian masing-masing.

“Mahu atau tidak kita harus hargai usaha penjawat awam yang banyak membantu Kerajaan Negeri dalam menjalankan urustadbir yang baik,” kata beliau selepas merasmikan acara ‘Nestle Fitnesse Malaysia Women Marathon’ di I-City hari ini.

Ketika menjawab soalan lain, Abdul Khalid berkata Exco Kerajaan Negeri akan terus menggunakan kenderaan rasmi Kerajaan Negeri bagi menjalankan tugas rasmi masing-masing.

Ini kerana walaupun DUN Selangor sudah dibubarkan, Exco tetap menjalankan tugas seperti biasa di dalam kerajaan sementara Negeri Selangor.

Sebelum itu, Abdul Khalid merasmikan ‘Nestle Fitnesse Malaysia Women Marathon’ yang akan diadakan pada pagi Ahad ini.

Acara larian yang julung-julung kali diadakan itu sehingga kini berjaya menarik seramai lebih 1,800 penyertaan termasuk pelari dunia wanita yang terkenal Kathryn Switzer dan ‘Running Couple’, Ron Clarke.

Larian sejauh 42.19 km itu akan melalui beberapa tempat menarik di Shah Alam seperti Masjid Biru, Istana Sultan Selangor, dua buah tasik, Muzium Negeri, Stadium Shah Alam, Teater Diraja Shah Alam dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.