Categories
NASIONAL SELANGOR

Ekonomi, Kesejahteraan, Persaudaraan Dan Kerajaan Rakyat Manifesto PR Selangor

PC HQ PKR April 16 01

SHAH ALAM, 16 APRIL : Manifesto Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang akan diumumkan Khamis ini menggabungkan empat komponen berasaskan ekonomi, kesejahteraan, persaudaraan dan kerajaan rakyat, kata Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, PR Selangor akan meneruskan polisi dan program yang dilaksanakan dengan jayanya oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh lima tahun pemerintahan.

Antara perkara yang akan diberi tumpuan ialah usaha mengembalikan hak air kepada 5.2 juta rakyat Selangor.

“Kita akan susun industri air dan tubuhkan entiti di mana ekuitinya kita simpan sebagai saham amanah untuk 5.2 juta rakyat.

“Kita juga akan memfokuskan kepada keperluan perumahan rakyat di mana RM100 juta diperuntukkan kepada Lembaga Perumahan untuk memastikan pemaju swasta dan agensi kerajaan negeri membina sebanyak rumah mampu milik sesuai dengan permintaan masyarakat,” katanya dalam sidang media di Dewan Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri, di sini pagi tadi.

Tambahnya, pendidikan juga diberi tumpuan di mana PR Selangor akan memperkasakan sekolah mahad tahfiz dan menubuhkan tabung bagi membantu sekolah jenis kebangsaan termasuk sekolah persendirian.

Katanya, golongan wanita dan belia juga tidak ketinggalan di mana PR Selangor akan menyediakan dana RM100 juta bagi mereka meningkatkan kemahiran serta bidang keusahawanan yang diceburi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.