Categories
NASIONAL

Khalid : Najib ‘Sesumpah Politik’ – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 26042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Peningkatan pelaburan, peluang-peluang pekerjaan, limpahan program kebajikan di samping peningkatan simpanan negeri merupakan antara intipati ‘report card’ Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan pada 1 Mei nanti.

2. Sikap Perdana Menteri, Dato Seri Najib Abd Razak yang sering mengeluarkan kenyataan berbeza-beza mengikut masa dan kumpulan masyarakat dalam siri kempen pilihanrayanya, tidak ubah seperti ‘sesumpah politik’.

3. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau tidak mendapat keizinan dari pihak kontraktor mahupun pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Pusat untuk melawat tapak pembinaan hospital yang telah lama tertangguh.

4. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesa Ketua Polis Negeri untuk bertindak pantas agar kejadian politik ganas yang semakin menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum ke-13 ini dapat dibendung.

5. Mangsa kejadian Sangheta Jeyakumar yang juga merupakan anak perempuan kepada calon PKR Seri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar menzahirkan rasa kecewa dengan kejadian yang menimpa diri dan keluarganya.

6. Suasana kempen pilihan raya di DUN Cempaka dicemari pengedaran vcd lucah kepada penduduk di Taman Chempaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.