Categories
NASIONAL SELANGOR

Muhammad Taib Dialu-alukan Kempen Untuk Pakatan Rakyat di Seluruh Selangor

MB PC PKR 22 April 02

SHAH ALAM, 22 APRIL : Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Tan Sri Muhammad Mohd Taib menyertai PAS akan memberi motivasi kepada Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Kemasukan mereka ke PR amat kita alu-alukan, lebih-lebih lagi mereka telah lama berkecimpung dalam Umno-BN.

?kemasukan itu memberikan kita gambaran ataupun motivasi berkerja lebih kuat lagi kerana orang mula percaya keupayaan PR memerintah negeri dan negara,” kata Abdul Khalid dalam satu sidang media di sini.

Bendahari PAS Selangor, Izham Hashim pula menambah, Muhammad, bekas Menteri Besar Selangor Umno-BN dahulu mula berjinak-jinak dengan perjuangan PAS sejak setahun lalu.

Muhammad telah berjanji akan turut serta dalam kempen membantu PR Selangor mempertahankan pentadbiran yang sedia ada.

“Dia telah berikan komitmen untuk ‘tour’ seluruh Selangor setiap malam untuk terangkan kepada rakyat mengapa kita perlu kekalkan PR di Selangor serta ambil alih Putrajaya,? kata Izham.

Sebelum itu dalam sidang media yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Selangor, calon DAP Parlimen Seputeh, Teresa Kok melancarkan album koleksi pemenang Pesta Lagu Jalanan yang berjodol Sifar Rasisme.

Menurut beliau album yang mengandungi tujuh buah lagu itu merupakan karya artis muda yang mempromosikan kesedaran politik, cinta negara, anti rasuah dan anti perkauman.

“Lagu-lagu ini juga menggambarkan semangat generasi muda ini yang komited untuk memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan, anti rasuah, demokrasi dan patriotisme,” ujar Teresa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.