Categories
NASIONAL

Negara Kebajikan Perlu Pastikan Kekayaan Diuruskan Tanpa Ketirisan

hadi awang bicara sinar 01

SHAH ALAM, 8 APR : Sebuah negara berkebajikan disifatkan bukan hanya memberi bantuan kepada rakyatnya, tetapi perlu merangkumi bagaimana kekayaan diuruskan bagi memastikan amalan rasuah dan ketirisan tidak berlaku.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beliau tidak pernah menafikan sumbangan Kerajaan Umno-BN untuk membantu rakyat.

Namun pelaksanaan program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) masih gagal membuktikan kecekapan parti itu mengurus dana rakyat dengan baik.

Menurut Abdul Hadi, ini kerana pemberian BR1M yang bersifat ‘one off’ hanya untuk meraih undi dan sokongan rakyat, bukannya mahu membebaskan rakyat daripada kemiskinan.

“Negara berkebajikan merujuk kepada konsep keadilan dan kehaksamarataan pemimpin terhadap rakyatnya tanpa mengira kaum mahupun agama.

?Hasil negeri itu mesti diagihkan kepada rakyat supaya kekayaan tidak berpusing kepada orang yang sama.

“Saya tidak menafikan bahawa apa yang dibuat kerajaan sekarang ada kebajikannya, tetapi yang menjadi pertikaian di sini ialah bagaimana wang rakyat itu diuruskan,” katanya dalam program Bicara Minda : Negara Berkebajikan Persepsi dan Realiti di Kompleks Karangkraf, hari ini.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk hari ini boleh bersatu atas dasar Perlembagaan walaupun setiap parti (PAS, DAP dan PKR) mempunyai ideologi berbeza dari aspek politik.

Dalam isu yang berkaitan Abdul Hadi mengulas dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa manifesto PR hanya suatu khayalan.

Abdul Hadi menegaskan manifesto adalah satu janji yang hanya akan dilaksanakan sekiranya sesebuah parti itu diberi mandat untuk memerintah negara.

Katanya, walaupun Umno-BN telah memerintah negara lebih 50 tahun, namun pelbagai janji yang pernah ditaburkan sebelum ini masih banyak tidak dilaksanakan.

“PR baru empat tahun di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah tetapi pelbagai kemajuan yang telah kita laksanakan. Kita buat mengikut kemampuan, bukan tidak buat langsung.

“Siapa jadi kerajaan mestilah buat pembangunan secara menyeluruh.

?Mengapa dalam masa 50 tahun baru keluarkan manifesto untuk turunkan harga kereta dan termasuklah hal-hal lain. Rakyat perlu menilai itu,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.