Categories
NASIONAL SELANGOR

Pakatan Rakyat kalah, Kampung Sungai Terentang Berkubur

kg terentang 22 april 01

RAWANG, 22 APR : Kegembiraan yang dirasai Goh Ah Kow tiga bulan lalu telah berlalu dan Ketua Kampung Sungai Terentang itu kini berhadapan kemungkinan berita baik awal tahun ini tidak akan berpanjangan.

Pada Januari lepas, Tenaga Nasional Berhad bersetuju untuk tidak merobohkan setengah kampung itu untuk membina projek kabel voltan tinggi Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR).

Tetapi, sekiranya Pakatan Rakyat tidak mentadbir Kerajaan Negeri selepas pilihanraya umum ke 13 (PRU13), Ah Kow bimbang TNB akan meneruskan pelan asalnya.

Pelan itu akan menyaksikan perobohkan kedai, rumah ibadat dan kediaman kampung itu yang berumur 60 tahun.

Malah Kampung Sungai Terentang dikatakan hanya selamat daripada dirobohkan kerana Kerajaan Negeri bertukar tangan dari Umno-BN ke Pakatan Rakyat pada Mac 2008.

Selama lima tahun, PR Selangor mengambil inisiatif berunding dengan TNB bagi mencari laluan alternatif yang tidak menjejaskan struktur bangunan di kampung tersebut, termasuk dua buah sekolah yang berhampiran.

kg terentang aug 22 01“Kerajaan Negeri menetapkan tiga kriteria (iaitu) CAR tidak merentasi Kampung Sungai Terentang, tidak mengganggu sekolah dan jalan utama Rawang-Ipoh,” kata Willian Leong, bekas Ahli Parlimen Selayang yang terlibat dengan proses rundingan tersebut.

Hasil rundingan berterusan Kerajaan PR Selangor dengan TNB sehingga Januari lepas telah mendapat persetujuan daripada syarikat pengedar elektrik itu untuk menggunakan laluan alternatif yang tidak menjejaskan kampung itu.

Bagi membantu mencari laluan alternatif yang menjaga kepentingan semua pihak baik orang kampung mahupun TNB, Kerajaan Selangor melantik seorang perunding kejuteraan Aecom dari New Zealand.

“Tindakan Kerajaan Negeri PR bagus kerana mencari laluan alternatif lain bagi projek ini di samping menyelamatkan penduduk dan kampung daripada dimusnahkan,” kata Ah Kow.

Ah Kow berkata, penduduk kampung tersebut gembira dengan apa diputuskan Kerajaan Negeri sehingga boleh dikatakan majoriti lebih 5,000 penduduk kampung itu kini penyokong tegar Pakatan Rakyat.

Sokongan tersebut merupakan luahan dan harapan mereka untuk terus mendiami dan meneruskan kehidupan mereka di kampung tersebut.

Ini kerana dakwa William, TNB masih tidak mahu melaksanakan keputusan untuk menggunakan laluan alternatif yang telah dipersetujuinya bersama Kerajaan Selangor.

?Pelan dah siap, cuma TNB masih tidak mahu laksanakan,? kata William.

Bagi Ah Kow dan penduduk kampung, perubahan pentadbiran kepada Umno-BN bakal menjadi satu peristiwa yang perit bagi mereka.

?Mereka beri pampasan RM 120,000 untuk rumah yang dirobohkan. Mana kita nak cari rumah baru harga macam itu sekarang?? kata Ah Kow.

?Kita sudah tinggal lama di kampung ini dan dah ada geran tanah di sini.?

Leave a Reply

Your email address will not be published.