Categories
NASIONAL SELANGOR

PKR Muktamadkan Senarai Penuh Calon Hujung Minggu Ini

Azmin HQ PKR 02

PETALING JAYA, 5 APR : PKR akan memuktamadkan senarai penuh calon kerusi negeri dan parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selewat-lewatnya hujung minggu ini, kata Timbalan Presidennya, Azmin Ali.

Menurutnya, PKR akan mengadakan pertemuan sekali lagi bersama pimpinan tertinggi PAS dan DAP untuk meneliti beberapa kerusi yang masih bertindih.

“Saya yakin kita boleh selesaikan (senarai calon) selewat-lewatnya hujung minggu ini. Bagaimanapun hampir 95 peratus telah selesai,” katanya.

Tambahnya, setakat ini, hanya senarai calon yang diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis rasmi mahupun ceramah boleh diterima.

Beliau turut mengumumkan akan terus mempertahankan Parlimen Gombak dalam pilihan raya akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.