Categories
NASIONAL SELANGOR

Rafizi, Tee Kwong dan Ibrahim Sah Tanding Pandan, Wangsa Maju dan Setiawangsa

mb anwar umum calon bandar tun razak 04

KUALA LUMPUR, 11 April : PKR mengumumkan tiga calon baru yang akan mempertandingkan kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala tiga penyandang lagi akan mempertahankan kerusi masing-masing dalam pilihanraya ke-13 akan datang.

Tiga calon baru itu adalah Rafizi Ramli yang akan bertanding di Parlimen Pandan, Dr Tan Kee Kwong di Parlimen Wangsa Maju dan Ibrahim Yaacob di Parlimen Setiawangsa.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta dua Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua akan mempertahan kerusi Parlimen masing-masing pada PRU-13.

Abdul Khalid kekal bertanding di Bandar Tun Razak, Nurul Izzah di Lembah Pantai manakala Tian Chua di Batu.

Dalam pada itu, Anwar dalam ucapannya mendakwa memperolehi maklumat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengarahkan jentera BN supaya tiga calon muda Pakatan di Lembah Klang dikalahkan dalam PRU-13 dengan cara apa sekalipun.

“Mereka adalah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara).

“Tapi saya rasa, Tony Pua susah dikalahkan kerana 90 peratus (di situ) adalah pendududk daripada kaum Cina,” ujar Anwar.

Sehubungan itu, Anwar menyeru semua pihak dan penyokong memberi tumpuan untuk memenangkan Nurul Izzah dan Rafizi bagi memastikan kesinambungan perubahan politik di negara ini.

Kira-kira lebih 5,000 orang hadir dalam program itu walaupun dalam keadaan padang yang digenangi air ekoran hujan lebat sejak awal petang sehingga ceramah itu berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published.