Categories
NASIONAL

Rintihan Kamilia : Bukti Umno Tolak Wanita Sebagai Pemimpin

rodziah exco pc grey 01

SHAH ALAM, 18 APR: Rintihan Datuk Kamilia Ibrahim yang kecewa apabila Datuk Seri Najib Razak gagal menamakan beberapa pemimpin wanita Umno sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke13 kali ini.

Kamilia yang juga Naib Ketua Wanita Umno Malaysia turut tidak dicalon menyatakan ini merupakan satu penghinaan terhadap sayap kanan parti Melayu itu.

Mengulas perkara ini, Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail, berkata perkara ini menunjukkan perbezaan budaya politik Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR dalam mengangkat martabat wanita.

PKR Selangor sendiri katanya, ada pertambahan dua kerusi untuk wanita berbanding empat kerusi sebelum ini, jelas menunjukkan keterbukaan politik dalam mengangkat martabat wanita.

Jelas Rodziah, beliau turut bersependapat peminggiran beberapa tokoh wanita Umno-BN ini dilihat sebagai satu ‘penghinaan’.

“Kita mampu dan sedar wanita kini berkemampuan untuk memimpin rakyat. Mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang.

“Saya rasa kenyataan beliau (Kamilia) jelas menunjukkan dia betul-betul kecewa. Pimpinan (wanita) perlu mengambil perkara ini secara serius kerana pada saya bukan dia sahaja pimpinan tetapi keseluruhan Wanita Umno khasnya,” katanya kepada TV Selangor.

Tegasnya lagi, wanita bukan dianggap sebagai pekerja semata-mata sebaliknya perlu diberikan pengiktirafan berada di tempat selayaknya.

Pimpinan tertinggi Umno-BN dilihat lebih mengutamakan wanita yang bersifat ‘korporat’ berbanding mereka yang bersungguh memperjuangkan hak wanita di dalam parti di semua peringkat sehingga ada diantara mereka dipinggirkan menjadi calon pada PRU-13.

Sebagai rekod, Kamilia merupakan pemimpin kedua tertinggi dalam hieraki Wanita Umno. Apabila Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana isu lembu, Najib memangku jawatan berkenaan tanpa melantik penganti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.