Categories
NASIONAL

Syabas Dingat Tidak Guna Taktik Kotor Putus Bekalan Air

zuraida speech oren 01

SHAH ALAM, 12 APRIL : Syarikat Belakan Air Selangor (Syabas) dingat agar tidak menggunakan taktik kotor bagi memburukkan Kerajaan Negeri Selangor dengan memainkan isu air di Ampang dan Gombak.

Amaran ini dikeluarkan oleh penyandang Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berikutan gangguan air yang membabitkan lebih 65,000 penduduk di kawasan terbabit.

“Sekali lagi kawasan Ampang dan Gombak telah dilanda krisis air sejak lebih 24 jam yang lalu berikutan paip pecah di kawasan Batu Caves seperti yang dilaporkan oleh Syabas.

“Saya berharap bahawa permasalahan air ini benar-benar berlaku dan ia bukanlah satu taktik kotor Umno-BN dibantu Syabas untuk memburukkan kerajaan Selangor dengan memainkan isu air di Ampang dan Gombak,” kata Zuraidah dalam kenyataan media.

Zuraidah berkata, sebelum ini beliau pernah mengeluarkan kenyataan awal tahun ini bahawa perkara ini akan berulang apabila tarikh pilihan raya semakin dekat.

Ujarnya, alasan seperti paip pecah, rumah pam rosak dan sebagainya tidak timbul jika pihak Syabas membuat pemeriksaan berkala serta menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan betul.

“Pihak saya akan menjalankan siasatan tentang isu ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika kami dapati Syabas main kotor.

“Sementara itu saya telah pun mengerah ahli-ahli majlis kawasan terlibat memantau kawasan terbabit dan memastikan lori tangki serta tangki-tangki statik dibekalkan dengan air bersih untuk meringankan beban pengguna di kawasan Ampang,” katanya.

Zuraidah berkata, kejadian itu membuktikan Syabas hanya mengaut untung dari rakyat tetapi tidak menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.