Categories
NASIONAL

Tawaran Manifesto BN Kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Berbeza Ikut Bahasa

Ceramah Anwar 07 william leong

SHAH ALAM, 12 APRIL : Manifesto yang diumumkan baru-baru ini didakwa mengandungi terjemahan berbeza di antara versi Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahaya Melayu.

Bendahari Agung PKR, William Leong mendakwa perbezaan itu berlaku pada tawaran menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan kepada Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

Katanya, berdasarkan manifesto BN versi Bahasa Cina, muka surat 19 mendapati salah satu tawaran adalah menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT) kepada Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

Bagaimanapun, dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, tawaran tersebut adalah berbeza iaitu menukar status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.

Beliau menambah, perbezaan antara versi Bahasa Cina dan versi Bahasa Melayu, Inggeris juga menonjolkan perselisihan pendapat dalam kalangan komponen parti BN dan menonjolkan ahli-ahlinya kekurangan keseragaman dalam penggubalan manifesto itu.

“Ia juga dilihat sebagai kekurangan sifat keikhlasan bagi menangani masalah sekolah pelbagai aliran, khususnya dalam isu kekurangan penyelidikan mendalam untuk memahami masalah yang dihadapi oleh sekolah bantuan penuh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

William berkata dalam maksud yang dinyatakan dalam manifesto BN versi Cina mengenai ayat ?menukar status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan?, secara langsung ianya bererti sekiranya BN mendapat kemenangan di Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), SJKT akan menukarkan status kepada sekolah bantuan penuh kerajaan secara automatik.

Sebaliknya, maksud dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengenai ayat ?menukar status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian, ianya bererti sekiranya BN mendapat kemenangan di PRU13, lembaga pengarah SJKT boleh membuat permohonan bagi menukarkan status SJKT dan kemudian menghadapi masa yang panjang untuk menghabiskan proses kelulusan.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menangani masalah sekolah pelbagai aliran secara adil.

Mengikut Akta Pendidikan 1996, SJKC yang dikelaskan sebagai sekolah bantuan modal hanya mendapat sumbangan bantuan penuh, tetapi tidak mendapat sumbangan modal bagi membiayai kemudahan fizikal sekolah, menyebabkan SJKC terpaksa mengumpul wang daripada masyarakat untuk membaiki sekolah.

Sehubungan itu, beliau menggesa BN menyingkirkan pemikiran bersifat perkauman, menukarkan status SJKT kepada sekolah bantuan penuh kerajaan secara automatik, memandangkan pengiktirafan status SJKC di bawah Akta Pendidikan 1996.

Leave a Reply

Your email address will not be published.