Categories
NASIONAL

VCD Lucah Fitnah Pakatan Rakyat Diedarkan Di Ampang

iskandar-samad-pink-01

AMPANG JAYA, 26 APR: Suasana kempen pilihan raya Dun Cempaka dicemari insiden pengedaran vcd lucah kepada tiga penduduk Taman Chempaka semalam.

Ketiga-tiga penduduk itu telah membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini setelah menemui Vcd tersebut di dalam peti surat mereka.

Calon PAS Dun Chempaka, Iskandar Abdul Samad membaca satu pesanan ringkas daripada seorang penduduk Taman Cempaka, yang mendakwa keluarga beliau menerima sekeping vcd lucah.

Vcd itu memaparkan adengan seks bertujuan memfitnah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Iskandar berkata kejadian itu bukan lagi hanya isu politik, sebaliknya telah menjadi satu kegiatan jenayah.

“Perhatian saya bukan dari segi politik itu sendiri tetapi vcd yang diedarkan secara terbuka ini kalau dapat kepada pelajar atau remaja sudah tentu memberikan kesan yang buruk.

“Meskipun kita bersungguh-sungguh untuk menang pilihan raya, tetapi marilah kita sama-sama mengekalkan cara kempen secara sihat.

“Fokus kepada menerangkan manifesto, rekod-rekod pencapaian dan elakkan budaya tidak bermoral ini,” katanya di perkarangan IPD Ampang Jaya sejurus membuat laporan polis.

Tambah Iskandar lagi, beliau bimbang taktik sama juga akan digunakan dalam baki tempoh berkempen memandangkan kerusi Parlimen Pandan merupakan antara tumpuan utama Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Leave a Reply

Your email address will not be published.