KUALA SELANGOR : Kehadiran ramai rakyat yang keluar mengundi pada hari ini menunjukkan kejayaan demkorasi dalam pemilihan pemimpin seperti yang diperjuangkan Pakatan Rakyat, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Pakatan Rakyat memang parti yang memperjuangkan demokrasi dipertingkatkan supaya rakyat menentukan pimpinan.
“Hari ini sangat penting dan kehadiran rakyat yang begitu ramai adalah satu kejayaan bagi kita mengamalkan demokrasi,” kata beliau.
Abdul Khalid berkata demikian selepas membuang undi di Pusat Pengundian di SRA Kampung Api-Api Jeram di sini pada jam 12.00 tengahari.
“Saya dapati ramai yang mengundi pada sebelah pagi, walaubagaimanapun kita mesti belajar bagaimana untuk mengurangkan waktu menunggu yang sehingga tiga jam.