Categories
NASIONAL

Dr Idris : Bangunkan Ijok Sebagai Pusat Perindustrian

idris ahmad ijok 01

KUALA SELANGOR 2 MEI: Terletak di kawasan yang strategik antara Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur, Pekan Ijok sepatutnya menjadi kawasan perindustrian yang berjaya.

Sehubungan itu, calon PKR DUN Ijok, Dr Idris Ahmad berkata, beliau akan berusaha menarik pelabur asing untuk membina kilang-kilang industri di kawasan ini supaya dapat memberi lebih pekerjaan kepada penduduk di Ijok.

“Harapan saya, visi saya, saya cuba menarik pelabur daripada luar untuk bina kilang di sini supaya ini akan memberi banyak pekerjaan pada anak-anak muda di Ijok.

“Ijok sudah ada ‘highway’, dari segi infrastruktur sudah ada, yang tak ada, kita nak menarik pelabur supaya datang ke Ijok.

“Oleh sebab sistem pendidikan yang buruk, mereka(belia) tercicir daripada arus pembangunan, mereka tak ada kerja, akan timbul masalah sosial dan saya dapati masalah ini berleluasa di Ijok,” ujarnya.

Sebelum ini, Dr Idris berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga mantan Adun Ijok banyak menyelesaikan masalah yang dihadapi puluhan tahun penduduk di kawasan ini.

Sejak di bawah PR, masalah puluhan tahun tanah selesai, ini berbeza dengan Umno-BN, permohonan rakyat akan dipertimbangkan, setiap kali kempen pilihan raya.

“Tapi bila PR ambil, kita boleh selesaikan kebanyakan masalah tanah di Jaya Setia, Pecah Batu dan lain-lain tempat, inilah komitmen PR, sebab kami prihatin terhadap masalah rakyat,” katanya lagi.

Menurut Dr Idris, Kerajaan PR negeri mewarisi pelbagai masalah daripada kelemahan pentadbiran kerajaan sebelumnya seperti masalah kebersihan, kesihatan dan pendidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.